KELEBIHAN HERBA & MINYAK ROSEMARY

Secara tradisionalnya, dalam perubatan pula dikatakan herba Rosemary digunakan untuk memperbaiki ingatan, melegakan sakit otot dan kekejangan, merangsang pertumbuhan rambut dan menyokong sistem peredaran dan saraf. Ðikatakan juga bahawa herba ini mampu meningkatkan pengeluaran haid, bertindak sebagai abortifasien (ubat yang mengakibatkan keguguran), mengingkatkan pengeluaran air kencing dan merawat masalah pencernaan usus.

Rosemary juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik (meningkatkan tenaga), astringen (mampu menyebabkan sel-sel mengecut dengan memendekkan protein daripada permukaannya), diaforetik (menyebabkan perpeluhan bertambah) dan perangsang. Minyak daripada herba Rosemary mengandungi bahan karminatif (melegakan sendawa) dan juga minyak meruap yang baik untuk melegakan masalah pada perut dan sakit kepala.

Pencegah kebotakan pramatang

Herba ini juga dikatakan amat baik digunakan sebagai losen atau pencuci rambut. Penggunaannya dikatakan mampu memberi kesan merangsang anak-anak rambut memperbaharui aktiviti dan mencegah kebotakan pramatang. Air rendaman daun dan bunga Rosemary kering yang telah dicampurkan dengan boraks (sejenis astringen sederhana dengan tindakan antiseptik yang lemah) dikatakan boleh dijadikan sebagai pencuci rambut yang baik kerana ia mampu menjadi ramuan mencegah kelemumur.

Kulit kering dan gatal antara gejala yang boleh diperbaiki dengan Rosemary. Minyak Rosemary dapat meningkatkan pengaliran air di dalam tubuh sehingga mengurangi kekeringan.

Advertisements